Pemimpin? Siapa pemimpin? KITA!!


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah liyana diberi peluang dan ruang untuk liyana sampaikan sedikit ilmu..
Insya Allah memberi manfaat sedikit sebanyak kepada kita..


pemimpin?? kenapa pemimpin ?? aku bukan pemimpin..
itulah yang bermain dalam minda kita setelah kita dengar penyataan kita adalah pemimpin...
pemimpin maksudnya ketua...
YES!kita adalah pemimpin...

*pemimpin kepada hati
*pemimpin kepada mata
*pemimpin kepada telinga
*pemimpin kepada hawa nafsu
*pemimpin kepada lidah

itulah yang dikatakan pemimpin...bukannya kalau kita memimpin seseuah kumpulan atau masyarakat baru kita dipanggil pemimpin...

sesuai dengan sabda rsulullah SAW yang bermaksud:
"setiap orang adalah pemimpin dan setiap orang akan dipersoalkan dengan apa yang dipimpin"

ingat kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita pimpin..apa yang hati kita buat?apa yang mata kita lihat?apa yang telinga kita dengar? adakah kalah kita dengan hawa nafsu kita??apa yang lidah kita cakap?

jadi renung-renungkan fikirlah banyak kali sebelum membuat sesuatu keputusan baik ke buruk ke?
jaga mata dari melihat perkara maksiat,jaga hati dari memikirkan perkara yang sia-sia,jaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak memberi manfaat, jaga hawa nafsu daripada mengawal diri..jaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tak baik...jangan sampai SYAITAN mengawal semuanya..
baik muslimin mahupun muslimat sama sahaja..

sebagai peringatan buat diri liyana sendiri dan insya Allah untuk semua yang membaca entry liyana kali ini...
semoga mendapat keberkatan Allah..Amin

wsalam
~blogger muda~



Read More

Tuntutan @ Fesyen? by i luv islam


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah akhirnya!! dapat juga taip-menaip....rasanya dah lama sangat Liyana tak update entry di blog Liyana ni...

jom baca sama-sama..
Lihatlah ke mana sahaja. berdarjah 360, setiap sudut, dalam lingkungan apa pun, pasti akan terlihat muda mudi penuh membanjiri ruang lingkup mata dengan fesyen yang pelbagai. pelbagai jenis corak, warna dan bentuk tidak kira material apa yang bebas digayakan ke sana sini. demikianlah yang berlaku saban hari, tanpa mengira situasi apa pun, baik keramaian, majlis ataupun sekadar ke kedai di depan rumah; pasti anggun berfesyen jadi pilihan.
Persoalannya, apakah itu yang dianjurkan Islam dalam merebut redha Allah, atau sekadar mahu kelihatan menawan di tubir mata masyarakat?

Berpakaian itu terlalu subjektif, baik dari segi pemilihan warna, corak, bentuk, material, harga, saiz, kesesuaian, dan imej. justeru, memilih pakaian dapatlah diertikan dengan aktiviti menonjolkan diri. seperti mana akhlak kita menunjukkan diri kita, berpakaian pula berkait rapat dengan cerminan akhlak. sudah tentu kita semua mahu kelihatan menawan dan cantik, tapi biarlah mengikut adab dan syariat yang telah digariskan dan dianjurkan Islam.
Apa yang pasti, setiap perkara yang indah dan istimewa itu tidak mudah dipamerkan buat tatapan percuma. seperti permata yang bernilai tinggi, bukan sewenang-wenang dibiarkan melata secara biasa. sudah pastilah aset sebegitu tinggi nilainya dikawal ketat, dijaga rapi, dan terlindung dari jangkauan jahat manusia. seperti itulah juga harusnya adab dalam berpakaian yang berperanan melindungi diri dari fitnah, buruk sangka, tohmah, caci maki, nafsu dan niat yang dikhuatiri dan dibimbangi ketulusannya. manusia yang baik pasti berlaku baik kepada orang di sekelilingnya dan mengelakkan diri dari mencetus sebarang kemungkinan yang buruk.
Berpakaianlah mengikut apa juga acuan dan turutan kita, asalkan menutup aurat dengan sempurna. pakaian yang baik, sudah pastilah tidak bergantung kepada telekung untuk melakukan ibadah fardhu kerana telah tertutup dan terpelihara dengan sempurna. kerana aurat dan solat adalah selari dalam pemahamannya. begitu, bukan?
Jagalah Allah dan hakNya.
pasti Allah akan menjaga kamu.
nukilan: hizwan nizam
Read More

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena