Zikir Penenang Jiwa..


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah selagi diri masih bernyawa, selagi jadi masih berupaya, akanku gunakan untuk menyebarkan dakwah islam yang kian SIRNA..insya Allah..

ok baiklah ,, sepanjang cuti ni kita dah mula sibuk betul tak?? sedang kita leka dengan FB,WE CHAT, WHATSAPP, TWITTER, INSTAGRAM.. kita lupa yang memberi khudrat untuk kita sihat dan meupdate post kita, yang memberi nikmat mata kita membaca komen-komen,chating-chating,moment-moment Adalah ALLAH..  
cuba kita luangkan masa sebentar untuk BERZIKIR..insya Allah usaha yang sedikit TAPI besar ganjarannya,..

Subahanallah(33x)
Alhamdulillah(33x)
Lailaha illallah (33x)
Allahu akbar(33x)

insya Allah semoga mendapat keberkatan dan Rahmat Allah.. insya Allah..

Wsalam~
Beautiful Of Iman


Read More

GA MYSTIC CITY BY BAJUWARNACOKLAT


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ini ana berpeluang untuk join satu GA by baju warna coklat..
klik banner ini kalau nak join.. jom sama-sama kita memeriahkan lagi GA ini..


Wsalam
Jihad fi sabilillah~
Beautiful Of Iman

Read More

Aurat Oh Aurat!! mudah jika kita patuh..



Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sekali lagi liyana diberi peluang untuk menyampaikan sedikit ilmu untuk diri liyana sendiri dan kepada semua pembaca ..insya Allah banyak ganjarannya dan semoga mendapat keberkatan dari-Nya...

Aurat!!!aurat?? apa itu aurat??-->Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya..

siapa  mahram??
  • ibu-ibu kamu, dan
  • anak-anak kamu, dan
  • saudara-saudara kamu, dan(adik beradik)
  • saudara-saudara bapa kamu, dan(adik-beradik bapa)
  • saudara-saudara ibu kamu dan(adik beradik ibu)
  • anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
  • anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
  • ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
  • saudara-saudara susuan kamu, dan
  • ibu-ibu isteri kamu, dan
  • anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
  • Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
  • Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.

Apakah syarat2 menutup aurat??

Pertama:
--->bagi bukan mahram aurat bagi:-(rakan agama lain dan bukan mahram)
Perempuan: seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Lelaki: bermula dari pusat hingga ke lutut

--->bagi rakan-rakan seislam dan sejantina
Perempuan: bermula dari pusat hingga ke lutut
lelaki: bermula dari pusat hingga ke lutut

---->bagi ahli keluarga:-
perempuan
: bermula pusat hingga ke lutut
lelaki: bermula pusat hingga ke lutut

ingat kita menutup aurat BUKAN membalut aurat
Kedua: 
banyak umat islam kini MEMBALUT aurat.. contohnya dengan memakai Legging ,Inner ,Seluar Carrot, cardigen , dan banyak lagi..kita sepatutnya menutu aurat pastikan pakaian yang kita pakai itu LOGGAR dan tidak ketat..satu lagi trend yang semakin popular kini "JUBAH KETAT" kita tidak boleh memakai jubah yang boleh menampakkan tubuh badan , jika ingin memakai jubah pilihlah jubah yang tidak menampakkan tubuh badan
X salah(legging)
 X Salah(jubah ikut bentuk badan)
 X Salah(cardigen ketat)






Ketiga:
Kita mesti memakai pakaian yang TIDAK JARANG..

 X salah(jubah jarang)

 / Betul(jubah tidak jarang)


Keempat:
Tudung bagi Perempuan metilah menutup sehingga dadanya.. itu adalah WAJIB!!
bukan kita boleh pilih2 kita tidak dilarang untuk berfesyen.. berfesyenlah asalkan ikut syariat labuhkanlah tudung ,selendang yang dipakai melepasi dada kita.. insya Allah

  X Salah(tudung tidak melepasi dada)

 / Betul(tudung melepasi dada)


/ Betul(tudung melepasi dada)
"kita boleh berfesyen tetapi labuhkanlah tudung/selendang kita sehingga melepasi dada"


CONTOH PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT DENGAN BETUL (/)










"YANG TERTUTUP ITU INDAH , YANG TERTUTUP ITU LEBIH TINGGI HARGANYA,"
ISLAM MELETAKKAN WANITA DITEMPAT YANG TINGGI, JADI JANGAN KITA RENDAHKAN DARJAT ITU"
Semoga kita sama-sama berubah kearah mencapai Syurga Allah..Amin~ insya Allah
Ingat Allah sayang kita!! ^-^

wallahu a'lam
Beautiful of Iman~

Read More

kita Pendakwah BUKAN Penghukum


Assalamualaikum..
sedikit ilmu untuk dikongsi bersama buat diri kita semua iaitu insan Pelupa..
Dalam kita menyampaikan dakwah kita jangan lupa kita cuma sampaikan apa yang kita tahu, jangan kita buat sesuatu hukum kalau kita tak tahu,kalau orang tanya berkenaan sesuatu hukum dan kita tak tahu jawablah "maaf ana kurang pasti dengan hukum ini ana masih belajar" bukannya "ana tahu hukumnya ana rasa hukumnya haram!" ,...nauzubillahiminzalik berdosa kalau kita letak hukum yang salah.. buat peringatan kita bersama~insya Allah



wallahu a'lam
Beautiful of Iman~

Read More

Siti & Sally the sisters closet dress giveaway!

Assalamualaikum hari ni liyana nak join satu GA,jom join sama2!

Sempena pembukaan butik online yang dijalankan oleh Sally dan juga kakak, kami dah sepakat untuk menghadiahkan sehelai dress yang akan dipilih secara rawak untuk pembaca blog Sally..So, girls...what you waiting for..?


  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, Follow Instagram Sally (Kalau ada + optional) dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sisters Closet
  2. Tolong klik SITI - SALLY - THE - SISTERS - CLOSET - DRESS - GIVEAWAY
  3. Buat satu entry bertajuk Siti & Sally The Sisters Closet Dress Giveaway!
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  6. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih ye...Hanya SEORANG PESERTA yang akan dapat sehelai dress.
  7. Giveaway akan berlangsung daripada 16th September 2014 - 19th September 2014
Credit : Mialiana.com

Read More

Segmen Blogwalking Lestari


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari yang indah sempena HARI MALAYSIA ini liyana berpeluang untuk join satu GA daripada KASIH LESTARI ABADI..


Alhamdulillah kalau pembaca semua nak join klik SINI
jom kita mengimarahkan lagi segmen ini..

wallahu a'lam
Beautiful of Iman
Read More

Cara mengesan jin didalam tubuh badan kita by facebook


Assalamualaikum,
alhamdulillah sekian lama liyana tak update blog...kesian dia,x pa2 tadi liyana jalan2 di FB liyana tertarik dengan satu post oleh Legacy Secret Trading .. jadi liyana nak repost di entry liyana hari ni supaya nanti liyana boleh baca balik di blog liyana dengan mudah, semua yang baca entry liyana pun boleh mendapat sedikit manfaat..insya Allah



CARA MENGESAN JIN DIDALAM TUBUH BADAN KITA
Assalamualaikum,,disini saya nak kongsi cara bagaimana untuk kita mengesan jin yang berada didalam tubuh badan kita. Tahukah anda jin mengalir didalam tubuh badan kita mengikut saluran darah Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada aliran darah manusia" jin yang masuk ke dalam pembuluh darah terus ke otak dan melalui otak, jin boleh mempengaruhi bahagian mana saja kerana jin sudah menguasai otak. Ini dibuktikan oleh perubatan bahawa para pesakit yang tidak sedarkan diri memiliki gelombang otak yang sangat halus dan aneh.Cara bagaimana untuk kita mengesan jin didalam tubuh kita, anda pegang dinadi sebelah kiri anda dan baca doa ini:
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 1x
2. Selawat Keatas Nabi 3x
3. Surah Al-Fatihah 1x
4. Ayat Kursi 3x
5. Zikir Lailahaillallah 100 x.
sekiranya semasa anda membaca ayat-ayat diatas badan anda terasa seperti dibawah itu la tandanya tubuh badan anda dihuni jin , Segera la pergi membuat rawatan islam yang berhampiran.
1.Bergetar/mengigil
2.Panas
3.Pening.
4.Muntah
5.Terasa Benda Bergerak-gerak dibadan.
6.Mengantuk.
PESANAN. Jangan Lakukan Berseorangan Dirumah.

wallahu a'lam
Beautiful of Iman~
Read More

Amalan mulia dibulan Ramadhan by iluvislam


Assalamualaikum,jom sama2 kita baca ni, ramadhan kan dah dekat!!
Enam hari dari bulan Ramadan sudah pun berlalu. Sudahkah kita maksimalkan untuk memanfaatkan bulan yang lebih mulia dari sebelas bulan lainnya? Sungguh sangat merugi bagi yang menyia-nyiakan bulan Ramadan.
Dalam sebuah riwayat, Allah Ta’ala menciptakan waktu-waktu istimewa dalam skala waktu yang tertentu. Dalam satu hari, ada waktu yang diistimewakan oleh Allah iaitu sepertiga malam yang terakhir.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:-
“Rabb kita tabaroka wa ta’ala turun setiap malam ke langit dunia hingga tersisa sepertiga malam terakhir, lalu Dia berkata: ‘Siapa yang berdoa pada-Ku, aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta pada-Ku, pasti akan Kuberi. Dan siapa yang meminta ampun pada-Ku, pasti akan Ku ampuni’.” (Riwayat Bukhari no. 6321 dan Muslim no. 758)
Dalam satu minggu ada waktu yang diistimewakan Allah Ta’ala, iaitu hari Jumaat. Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabada:-
“Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.” (Riwayat Muslim, no. 854)
Dalam satu bulan pun ada beberapa hari yang diistimewakan Allah Ta’ala, iaitu tiga hari (15, 16, 17) setiap bulannya. Didalamnya kita disunnahkan untuk berpuasa. Dari Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Puasalah tiga hari dari setiap bulan. Sesungguhnya amal kebajikan itu ganjarannya sepuluh kali lipat, seolah ia seperti berpuasa sepanjang masa.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan an Nasai)
Terakhir adalah kelipatan setiap tahun. Dalam satu tahun ada satu bulan yang dimuliakan Allah Ta’ala. Didalamnya diturunkan Al-Quran untuk pertama kalinya. Di dalamnya pintu Syurga dibuka dan pintu Neraka ditutup. Didalamnya segala amal ibadah akan dilipatgandakan. Di dalamya jika kita panjatkan, maka akan diijabah. Tiada lain bulan tersebut adalah bulan Ramadan. Ya bulan yang kini kita sedang rasakan.
Sungguh beruntung bagi kita yang diberikan kesempatan untuk beribadah di dalam bulan Ramadan. Dalam sebuah riwayat, bahwa salah satu pintu surga ada yang bernama Ar-Rayan. Dalam hadist lain Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala Allah maka diampuni dosanya yang terdahulu.”(Riwayat Bukhari)
Dan pintu tersebut dikhususkan untuk orang- orang yang berpuasa. Selain itu, sesuai dengan akhir firman Allahla’allakum tattaquun. Sehingga hasil akhir dari puasa adalah meraih gelar taqwa. Semoga.
Ramadan seakan menjadi sarana yang paling isitmewa untuk menjadikan diri kita termasuk dari orang-orang yang bertaqwa. Bagaimana tidak? Hari demi harinya, jam demi jamnya, minit demi minitnya, detik demi detiknya menjadi waktu yang sangat istimewa dan sangat merugi kija kita lewatkan. Begitupun dengan Nabi dan para sahabatnya. Mereka tidak pernah melakukan di bulan Ramadan, kecuali amalan ibadah kepada Allah Ta’ala.
Kecintaan mereka terbukti dari kesedihan mereka ketika akan berpisah dengan bulan Ramadan. Seakan mereka ingin setiap bulan itu adalah bulan Ramadan. Selain itu terbukti dari do’a yang mereka amalkan ‘Allahumma baarik lanaa Rajaaba wa Sya’baana wa ballighnaa Ramadhan.’ Makna dari doa tersebut tiada lain adalah rasa harap akan jumpa dengan bulan Ramadan.
Di antara amalan Rasulullah pada bulan Ramadan sebagai berikut:-

1. Solat Tarawih

Tidak jauh berbeda dengan solat malam yang kita laksanakan di luar bulan Ramadhan. Perbezaannya mungkin hanya dalam pengamalannya, iaitu berjama’ah. Rasulullah SAW bersabda:-
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan (shalat tarawih) atas dasar iman dan kesucian, diampuni segala dosanya yang terdahulu” (Riwayat Bukhari)
Selain solat sunat tarawih berjama’ah, juga biasanya dilasanakan setelah shalat Isya berjama’ah.
iluvislam, tarawih

2. Membaca Al-Quran dan terjemahannya

Allah berfirman yang bermaksud:-
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil).” (Surah Al-Baqarah ayat 185)
Maka sayugianya kita memanfaatkan waktu kita di bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran. Dalam sebuah hadist bahawa pahala setiap huruf Al-Quran yang kita baca adalah sepuluh.
Apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah, tentunya akan dilipat gandakan beberapa lipat. Selain itu jiwa dan hati mereka yang mengamalkan akan selalu dalam keadaan tenang. Rasulullah SAW bersabda:-
“Orang-orang yang berkumpul dalam masjid dan mereka membaca Al-Quran dan mempelajarinya bersama-sama, maka kepada mereka aan diturukan ketenengan jiwa, dilimpahkan rahmat, dikelilingi malaikat dab nereja disebut-sebut Allah di antara orang sekitarnya..” (Riwayat Bukhari)

3. I’tikaf di Masjid

Sebuah kegiatan yang dilaksanakan di dalam masjid. Kegiatan ini diisi dengan beberapa amalan ibadah lainnya, seperti tilawah Al-Quran, dzikir, mendirikan shalat sunnah dan lain sebagainya. Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW selalu melaksanakan I’tikaf. Apalagi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.
Hal tersebut terlihat dari sebuah hadist yang diriwayatkan dari ‘Aisyah ra. bahwa Rasulullah SAW ketika menyisir, beliau hanya mengeluarkan kepalanya saja agar bisa disisirkan oleh isterinya. Sedangkan badannya masih ada di dalam masjid agar tetap dalam keadaan I’tikaf.

4. Shadaqah

Shadaqah juga merupakan salah satu amalan mulia yang sangat-sangat digalakkan oleh Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:-
“Shadaqah yang paling utama (afdhal)adalah shadaqah di bulan Ramadan.” (HR Tirmizi)
Dalam hadist tersebut sudah jelas makna dan apa yang harus kita lakukan. Jika seperti itu, pasti di balik amalan ibadah tersebut ada pahala yang berlipat-lipat. Jadi tidak aneh lagi jika di bulan Ramadan ini, dengan mudah kita dapati orang-orang baik yang mengeluarkan hartanya untuk sedekah.
sadakah, iluvislam, sedekah, infaq
Mungkin tak usah jauh kita ke Indonesia. Di sekitar kita, khususnya di masjid-masjid, baik besar atau pun kecil akan menyediakan ma’idatu Rohman (Hidangan kasih sayang). Di jalan-jalan pun demikian. Tidak sedikit orang-orang Mesir, ketika mendekati waktu maghrib mereka bersiap di sisi jalan untuk memberikan makanan atau minuman kepada mereka yang berada dalam perjalanan (kenderaan). Serta tidak jarang, di antara kita (masisir) ada yang mendapatkan daging firah setiap hari untuk buka puasa.
Hal tersebut tiada lain, sebuah rasa sadar terhadap keberkahan Ramadan. Mereka benar-benar tak ingin tertinggalkan keberkahan bulan tersebut. Kerana mereka tahu, tidak ada jaminan untuk tahun depan kembali lagi bertemu dengan bulan suci Ramadan.
Semoga dengan mengamalkan amalan-amalan ibadah di atas dan amalan yang lainnya, kita termasuk orang-orang yang mendapatkan tujuan puasa tersebut. La’allakum tattaquun, iaitu predikat bertaqwa. Allah berfirman yang maksudnya:
“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu” (Surah Al-Hujurat ayat 13)
Ketika kita bertaqwa, kita pun akan menjadi orang yang paling mulia di hadapan Allah Ta’ala. Kita lihat seseorang yang dimuliakan oleh orang tuanya. Mereka diberi sebelum meminta, kebutuhannya selalu terpenuhi, hari-harinya tak lepas dari kasih sayang, selalu dilindungi. Itu mulia di hadapan manusia, apalagi di hadapan Allah Ta’ala?

karya oleh: HELMI MUBAROK
Read More

“Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com”


Assalamualaikum w.b.t., fuh2... (pi jauh2 habuk)
dah lama sangat ni tak update entry baru untuk blog...  k sebagai permulaannya  Liyana nak join satu entry yang istimewa yang mana liyana join satu GA by syuhada baharudin.. jom best2 hadiah dia..


Syarat :
1. Buat entri bebas bertajuk “Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com”
2. Copy banner di atas dan link kan ke entri ini.
3. Follow Google+ ( ada di side bar blog ini )
4. Like Page
5. Follow Twitter
6. Follow Instagram
7. Sila tinggalkan link entri anda di ruangan komen di SINI.
8. Bagi yang tiada Twitter atau Instagram pun boleh join ye.
K,selamat join..wsalam 
~blogger muda~

Read More

Benarlah cinta itu.... by iluvislam


Assalamualaikum...jom luangkan sedikit masa...baca artikel ni!!
Benar kata orang. Apabila cinta terhadap manusia sudah menguasai hati, kita mudah diperangkap oleh tipu daya dan muslihat syaitan untuk menyesatkan manusia. Hati yang dahulunya mengatakan “cinta kerana Allah SWT” perlahan-lahan diulit tipu daya dan muslihat syaitan.
Cinta sebelum kahwin sememangnya mampu mengundang kepada lembah penzinaan. Hati mula lalai terhadap suruhan dan perintah Allah. Perlahan-lahan hati ini ditipu oleh syaitan. Niat pada awalnya ingin membimbing seorang wanita perlahan-lahan hanyut ke lembah penzinaan.
Puas ibu menasihati agar menjaga tingkah laku dan perbuatan apabila keluar bersama teman wanita yang aku merasakan kononnya bakal menjadi menantu kepada ibu. Solat yang pada dahulunya dilakukan pada awal waktu mula berubah kepada penghujung waktu kerana leka dengan berbalas pesanan mesej ringkas. Majlis-majlis agama yang dahulunya dihadiri mula ditinggalkan kerana ingin ber-chatting dengan teman wanita di laman sosial.
Tiada lain yang difikirkan melainkan hanya teman wanita sehinggalah pada suatu tahap hati ini mula sesak dengan desakan nafsu dan dosa. Percintaan yang pada dahulunya indah mula berubah menjadi hambar. Pergaduhan kerap berlaku yang akhirnya membawa kepada perasaan cemburu yang meluap-luap.
Syaitan benar-benar telah berjaya mengambil alih hati ini untuk dikuasai. Tiada lagi ayat-ayat Al-Quran yang dahulu kerap diamalkan. Hidup menjadi tidak tenang. Terasa seperti ada dua aliran di dalam hati. Hati ini semakin sesak dan lemas dengan dosa-dosa yang dilakukan.
Aku tekad untuk memutuskan hunungan yang sudah terjalin selama dua tahun ini kerana Allah Taala. Aku tidak mampu lagi hidup dengan penuh dosa dan noda. Jauh di sudut hati, ini bukanlah cinta yang diredhai Allah. Jauh sudah aku tinggalkan seorang wanita yang pernah hadir dalam diri aku. Aku membawa diri jauh daripada “lembah kemasyhuran” yang pernah aku tempuhi suatu masa dahulu.Biarlah aku bersendiri daripada hidup penuh dengan noda dan dosa. Tidak susah bagi aku untuk kembali kepada yang Maha Esa. Kini aku melihat kawan-kawan lain “berbahagia” bersama pasangan luar nikah masing-masing tetapi aku merasakan lebih bahagia bersama-sama dengan Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.Benar kata orang. Allah knows what’s best for us! Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita menjauhi zina. Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”(Surah al-Israa’, ayat 32)
karya oleh : Nurul Ain Jamaluddin
Blogger muda

Read More

Pemimpin? Siapa pemimpin? KITA!!


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah liyana diberi peluang dan ruang untuk liyana sampaikan sedikit ilmu..
Insya Allah memberi manfaat sedikit sebanyak kepada kita..


pemimpin?? kenapa pemimpin ?? aku bukan pemimpin..
itulah yang bermain dalam minda kita setelah kita dengar penyataan kita adalah pemimpin...
pemimpin maksudnya ketua...
YES!kita adalah pemimpin...

*pemimpin kepada hati
*pemimpin kepada mata
*pemimpin kepada telinga
*pemimpin kepada hawa nafsu
*pemimpin kepada lidah

itulah yang dikatakan pemimpin...bukannya kalau kita memimpin seseuah kumpulan atau masyarakat baru kita dipanggil pemimpin...

sesuai dengan sabda rsulullah SAW yang bermaksud:
"setiap orang adalah pemimpin dan setiap orang akan dipersoalkan dengan apa yang dipimpin"

ingat kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita pimpin..apa yang hati kita buat?apa yang mata kita lihat?apa yang telinga kita dengar? adakah kalah kita dengan hawa nafsu kita??apa yang lidah kita cakap?

jadi renung-renungkan fikirlah banyak kali sebelum membuat sesuatu keputusan baik ke buruk ke?
jaga mata dari melihat perkara maksiat,jaga hati dari memikirkan perkara yang sia-sia,jaga telinga daripada mendengar perkara-perkara yang tidak memberi manfaat, jaga hawa nafsu daripada mengawal diri..jaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tak baik...jangan sampai SYAITAN mengawal semuanya..
baik muslimin mahupun muslimat sama sahaja..

sebagai peringatan buat diri liyana sendiri dan insya Allah untuk semua yang membaca entry liyana kali ini...
semoga mendapat keberkatan Allah..Amin

wsalam
~blogger muda~



Read More

Tuntutan @ Fesyen? by i luv islam


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah akhirnya!! dapat juga taip-menaip....rasanya dah lama sangat Liyana tak update entry di blog Liyana ni...

jom baca sama-sama..
Lihatlah ke mana sahaja. berdarjah 360, setiap sudut, dalam lingkungan apa pun, pasti akan terlihat muda mudi penuh membanjiri ruang lingkup mata dengan fesyen yang pelbagai. pelbagai jenis corak, warna dan bentuk tidak kira material apa yang bebas digayakan ke sana sini. demikianlah yang berlaku saban hari, tanpa mengira situasi apa pun, baik keramaian, majlis ataupun sekadar ke kedai di depan rumah; pasti anggun berfesyen jadi pilihan.
Persoalannya, apakah itu yang dianjurkan Islam dalam merebut redha Allah, atau sekadar mahu kelihatan menawan di tubir mata masyarakat?

Berpakaian itu terlalu subjektif, baik dari segi pemilihan warna, corak, bentuk, material, harga, saiz, kesesuaian, dan imej. justeru, memilih pakaian dapatlah diertikan dengan aktiviti menonjolkan diri. seperti mana akhlak kita menunjukkan diri kita, berpakaian pula berkait rapat dengan cerminan akhlak. sudah tentu kita semua mahu kelihatan menawan dan cantik, tapi biarlah mengikut adab dan syariat yang telah digariskan dan dianjurkan Islam.
Apa yang pasti, setiap perkara yang indah dan istimewa itu tidak mudah dipamerkan buat tatapan percuma. seperti permata yang bernilai tinggi, bukan sewenang-wenang dibiarkan melata secara biasa. sudah pastilah aset sebegitu tinggi nilainya dikawal ketat, dijaga rapi, dan terlindung dari jangkauan jahat manusia. seperti itulah juga harusnya adab dalam berpakaian yang berperanan melindungi diri dari fitnah, buruk sangka, tohmah, caci maki, nafsu dan niat yang dikhuatiri dan dibimbangi ketulusannya. manusia yang baik pasti berlaku baik kepada orang di sekelilingnya dan mengelakkan diri dari mencetus sebarang kemungkinan yang buruk.
Berpakaianlah mengikut apa juga acuan dan turutan kita, asalkan menutup aurat dengan sempurna. pakaian yang baik, sudah pastilah tidak bergantung kepada telekung untuk melakukan ibadah fardhu kerana telah tertutup dan terpelihara dengan sempurna. kerana aurat dan solat adalah selari dalam pemahamannya. begitu, bukan?
Jagalah Allah dan hakNya.
pasti Allah akan menjaga kamu.
nukilan: hizwan nizam
Read More

Bloglist awesome Liyana 2014!


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah segmen Bloglist by liyana syafiqah berjalan dengan jayanya...
terima kasih kepada semua yang banyak menyokong Liyana...
untuk pengetahuan semua inilah Bloglist Awesome Liyana 2014:









terima kasih sangat-sangat atas sokongan AZURA,AQILAH, dan AIMI 
wsalam~blogger muda~
Read More

Bunga oh bunga!cara-cara membuat bunga.


Assalamualaikum,
liyana online Facebook tadi,tiba-tiba terjumpa video yang sangat menarik ni jom tonton sama-sama


Read More

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena