SEGMEN : Bloglist 2014 by Liyana Syafiqah


Assalamualaikum...w.b.t.
Alhamdulillah petang yang tenang ini Liyana ingin menganjurkan satu segmen liyana sendiri iaitu
"SEGMEN : Bloglist 2014 by Liyana Syafiqah"

setelah setahun liyana menyepi sebab liyana baru lepas PMR jadi ,hampir-hampir nak masuk tahun baru ini Liyana ingin membuat bloglist baru...semua blogger yang join segmen ini akan liyana bloglistkan di blog liyana selama setahun,Insya Allah



baiklah, syarat-syaratnya adalah:
  • terbuka kepada semua blogger
  • follow blog Liyana,Insya Allah
  • entry korang bertajuk "SEGMEN : Bloglist 2014 by Liyana Syafiqah"
  • letak banner di atas di entry korang.
  • itu sahaja syaratnya~
tarikh tutup penyertaan: 31 DISEMBER 2013 ~JAM 2:00 petang
jom join ramai-ramai 

Assalamualaikum w.b.t.

'Segmen Bloglist 2014 NasuhaNass'


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ini Liyana teringin pula nak sertai segmen ini..blogwalking sana sini terjumpalah blog ini

\

  • Segmen ini tamat pada 31.12.13, jam 1200 tengah malam.
  • Mencari 20 blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist 2014.
  • Jika hendak follow blog Nasuha, silakan. Amat dialu-alukan. Terima kasih.

JOM!!kita sama-sama memeriahkan lagi segmen ini..
wsalam
~blogger muda~

Aurat lelaki yang jarang dibincang by i luv islam


Assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah bersyukur kepada Allah pada petang ini liyana masih lagi diberi peluang untuk berkongsi suatu artikel yang liyana terbaca di ILUVISLAM...kali ini liyana nak kongsikan apa yang liyana baca jom..


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
baby
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.
Artikel iluvislam.comUstaz Ahmad Baei Jaafar


Segmen sahabat selamanya ii by diyanahani


 Assalamualaikum  w.b.t.
dan Salam Sejahtera 
Alhamdulillah hari ini Liyana nak join satu segmen dari Diyana Hani
dibawah ini adalah banner untuk segmen ini...jom!!


 


"Segmen Sahabat Selamanya II" adalah sambungan daripada Segmen Sahabat Selamanya yang pernah hani anjurkan sebelum ini. Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah“ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama dua minggu,iaitu bermula pada 07/12/13 sehingga 11.59 malam pada 21/12/2013.

Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanahaniERAZ FadliNORLIDA, Hajar , Wanie , Hannah, dan Akofena Enterprise. Terima Kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada para sponsor. 


Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.   

APA TUNGGU LAGI!!! 
KLIK BANNER DAN JOIN.KALAU TAK BOLEH KLIK BANNER,KLIK AYAT KAT BAWAH BANNER YER...JOM JOIN.CARI KAWAN RAMAI-RAMAI.. 




wanita solehah ,wanita sejati by i luv islam


Assalamualaikum w.b.t
tadi liyana blog walking sana ,blog walking sini...tiba-tiba liyana sampai di blog ini

jom kita baca sama-sama

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)
“Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?” soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.
“Nak..!!”  jawab kami.
alt
Ustazah tersenyum.
“Kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)
“InsyaAllah ustazah..!”
Kini saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin cita-cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya hanya mengangguk kalau ada yang berpesan
“Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”
Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^
Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.
“Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji.”
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 :
“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”
Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!
“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

terima kasih kepada iluvislam
ditulis oleh:mohd kasim

wsalam,blogger muda~ 

It's December Giveaway


Assalamulaikum w.b.t
Alhamdulillah setelah sekian lama liyana menyepi,hari ini liyana berpeluang untuk join satu GA..
GA ni hadiahnya memang SUPERB!..
jom ..


ni banner untuk GA ini...
Nak join?? klik SINI


syarat penyertaan adalah seperti berikut:


Syarat-syarat penyertaan: *ececeh*
  1. Malaysian.
  2. Follow blog ni.
  3. Like page ni:
  4. Follow/like/share/klik semua blog/page/iklan/etc semua syarat sponsor. SEMUA. *jujur okay*
  5. Kalau baik hati klik iklan nuffnang dekat blog ni ^^ *kalau* lol
  6. Buat satu entri, tinggalkan link dekat comment (Comment akan di publish bila saya dah approved. Tak perlu hantar link banyak2. Cukup hanya sekali)
  7. Entri tu mesti ada banner yang dibacklinkkan ke post giveaway ni dan dialu-alukan jika nak tag
SENARAI SPONSOR DAN HADIAH (Ada penambahan sponsor)
LIST PESERTA (Last update: 9/12/2013-02.20 p.m)

Pemilihan pemenang: Top refferal (Pilih 1 hadiah) & random.org
Due date: 16 Dec 2013- 11.59 p.m
Tarikh pengumuman pemenang: Top Refferal-17 Dec 2013 & Random-*akan diberitahu kemudian*

ALERT!
Sebarang perubahan akan di type dengan warna merah. Hadiah akan bertambah jika jumplah peserta melebihi 200 :)
- See more at: http://nabihahj0urnal.blogspot.com/2013/11/its-december-giveaway.html#sthash.D201XjyK.dpuf


terima kasih kepada penganjur Giveaway ini ...iaitu NABIHAH AHMAD
jom join sama2...
wsalam,blogger muda~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

. Template by Liyana Syafiqah Beautiful Of Iman and Malaysia