SEGMEN : Bloglist 2014 by Liyana Syafiqah


Assalamualaikum...w.b.t.
Alhamdulillah petang yang tenang ini Liyana ingin menganjurkan satu segmen liyana sendiri iaitu
"SEGMEN : Bloglist 2014 by Liyana Syafiqah"

setelah setahun liyana menyepi sebab liyana baru lepas PMR jadi ,hampir-hampir nak masuk tahun baru ini Liyana ingin membuat bloglist baru...semua blogger yang join segmen ini akan liyana bloglistkan di blog liyana selama setahun,Insya Allah



baiklah, syarat-syaratnya adalah:
  • terbuka kepada semua blogger
  • follow blog Liyana,Insya Allah
  • entry korang bertajuk "SEGMEN : Bloglist 2014 by Liyana Syafiqah"
  • letak banner di atas di entry korang.
  • itu sahaja syaratnya~
tarikh tutup penyertaan: 31 DISEMBER 2013 ~JAM 2:00 petang
jom join ramai-ramai 

Assalamualaikum w.b.t.

Read More

'Segmen Bloglist 2014 NasuhaNass'


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ini Liyana teringin pula nak sertai segmen ini..blogwalking sana sini terjumpalah blog ini

\

  • Segmen ini tamat pada 31.12.13, jam 1200 tengah malam.
  • Mencari 20 blog untuk dimasukkan ke dalam bloglist 2014.
  • Jika hendak follow blog Nasuha, silakan. Amat dialu-alukan. Terima kasih.

JOM!!kita sama-sama memeriahkan lagi segmen ini..
wsalam
~blogger muda~

Read More

Aurat lelaki yang jarang dibincang by i luv islam


Assalamualaikum w.b.t.
alhamdulillah bersyukur kepada Allah pada petang ini liyana masih lagi diberi peluang untuk berkongsi suatu artikel yang liyana terbaca di ILUVISLAM...kali ini liyana nak kongsikan apa yang liyana baca jom..


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
baby
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.
Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.
Artikel iluvislam.comUstaz Ahmad Baei Jaafar


Read More

Segmen sahabat selamanya ii by diyanahani


 Assalamualaikum  w.b.t.
dan Salam Sejahtera 
Alhamdulillah hari ini Liyana nak join satu segmen dari Diyana Hani
dibawah ini adalah banner untuk segmen ini...jom!!


 


"Segmen Sahabat Selamanya II" adalah sambungan daripada Segmen Sahabat Selamanya yang pernah hani anjurkan sebelum ini. Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama  blogger.Bak kata pepatah“ yang jauh,didekat-dekatkan, dan yang dekat,dirapat-rapatkan”.
Segmen ini diadakan selama dua minggu,iaitu bermula pada 07/12/13 sehingga 11.59 malam pada 21/12/2013.

Segmen Sahabat Selamanya II by DiyanaHani di jayakan oleh DiyanahaniERAZ FadliNORLIDA, Hajar , Wanie , Hannah, dan Akofena Enterprise. Terima Kasih yang tidak terhingga di ucapkan kepada para sponsor. 


Diharap semua blogger sudi merajinkan diri menyertai segmen ini.
Jangan lupa blogwalking untuk mencapai tujuan utama segmen ini diadakan.   

APA TUNGGU LAGI!!! 
KLIK BANNER DAN JOIN.KALAU TAK BOLEH KLIK BANNER,KLIK AYAT KAT BAWAH BANNER YER...JOM JOIN.CARI KAWAN RAMAI-RAMAI.. 




Read More

wanita solehah ,wanita sejati by i luv islam


Assalamualaikum w.b.t
tadi liyana blog walking sana ,blog walking sini...tiba-tiba liyana sampai di blog ini

jom kita baca sama-sama

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu.” (HR Nasa’i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)
“Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?” soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.
“Nak..!!”  jawab kami.
alt
Ustazah tersenyum.
“Kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)
“InsyaAllah ustazah..!”
Kini saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin cita-cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya hanya mengangguk kalau ada yang berpesan
“Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”
Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^
Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.
“Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji.”
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 :
“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”
Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!
“Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.”

terima kasih kepada iluvislam
ditulis oleh:mohd kasim

wsalam,blogger muda~ 
Read More

It's December Giveaway


Assalamulaikum w.b.t
Alhamdulillah setelah sekian lama liyana menyepi,hari ini liyana berpeluang untuk join satu GA..
GA ni hadiahnya memang SUPERB!..
jom ..


ni banner untuk GA ini...
Nak join?? klik SINI


syarat penyertaan adalah seperti berikut:


Syarat-syarat penyertaan: *ececeh*
  1. Malaysian.
  2. Follow blog ni.
  3. Like page ni:
  4. Follow/like/share/klik semua blog/page/iklan/etc semua syarat sponsor. SEMUA. *jujur okay*
  5. Kalau baik hati klik iklan nuffnang dekat blog ni ^^ *kalau* lol
  6. Buat satu entri, tinggalkan link dekat comment (Comment akan di publish bila saya dah approved. Tak perlu hantar link banyak2. Cukup hanya sekali)
  7. Entri tu mesti ada banner yang dibacklinkkan ke post giveaway ni dan dialu-alukan jika nak tag
SENARAI SPONSOR DAN HADIAH (Ada penambahan sponsor)
LIST PESERTA (Last update: 9/12/2013-02.20 p.m)

Pemilihan pemenang: Top refferal (Pilih 1 hadiah) & random.org
Due date: 16 Dec 2013- 11.59 p.m
Tarikh pengumuman pemenang: Top Refferal-17 Dec 2013 & Random-*akan diberitahu kemudian*

ALERT!
Sebarang perubahan akan di type dengan warna merah. Hadiah akan bertambah jika jumplah peserta melebihi 200 :)
- See more at: http://nabihahj0urnal.blogspot.com/2013/11/its-december-giveaway.html#sthash.D201XjyK.dpuf


terima kasih kepada penganjur Giveaway ini ...iaitu NABIHAH AHMAD
jom join sama2...
wsalam,blogger muda~ 
Read More

AWAS! Inner & Legging bukan syarat tutup aurat.


Assalamualaikum..w.b.t.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi,liyana masih lagi diberi kekuatan untuk menaip sebuah entry lagi di blog Liyana ini...

hari ini liyana nak bincangkan tentang topik "AWAS! Inner & Legging bukan syarat tutup aurat"
..liyana terfikir untuk tulis entry ini setelah Liyana terbaca majalah NUR ...artikel ini ditulis oleh Yasmin Siddik..

baiklah...Inner dan Legging..
sebelum tu...(gambar2 yang liyana post hanyalah gambar hiasan semata-mata)


pertama sekali kita kena faham apa itu TUTUP AURAT..
tutup aurat bagi wanita adalah menutup semua anggota badan KECUALI muka dan tapak tangan...
pakaian yang dipakai mestilah TIDAK ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh dan TIDAK jarang...
antara syarat lain adalah:
Apakah syarat-syarat pakaian wanita? [2]- Tidak menyerupai pakaian lelaki- Tidak menyerupai pakaian orang kafir atau golongan fasiq- Tidak berlebihan dan menzahirkan kesombongan- Bukan pakaian syuhrah- Tidak mempunyai hiasan atau corak yang menarik pandangan lelaki.

cara pemakaian bagi wanita islam adalah dengan memakai tudung melepasi paras dada,memakai pakaian yang tidak menampakkan susuk tubuh dan menutup bahagian kaki ataupun dengan memakai stokin..

jika pakain seorang muslimah adalah dengan memakai pakaian seperti inner dan legging adakah ianya sempurna??
TIDAK!! sebagai contoh 

adakah wanita yang berpakaian begini dikatakan menutup aurat??
TIDAK sama sekali dengan memakai legging atau inner susuk tubuh seorang wanita masih lagi kelihatan....
kenapa ada wanita yang masih lagi tidak dapat membezakan antara MENUTUP AURAT dengan MEMBALUT AURAT..

 menutup aurat dengan sempurna tidak semestinya seseorang wanita muslimah itu perlu memakai tudung labuh dan jubah hitam...tetapi wanita muslimah boleh berfesyen tetapi ada batasnya...sebagai contoh pakaian yang sesuai di pakai oleh wanita muslimah..


antara contoh yang boleh kita ikuti...kalau kita pakai jubah pakailah jubah yang tak nampak susuk tubuh badan kita...itu lebih baik untuk kita menjaga maruah kita...
ingat jangan pakai legging ,walaupun kita sangkakan ia sudah menutup aurat ,ia sebenarnya sama seperti kita tidak tutup aurat...
pakaian muslimah yang KURANG sempurna


banyak lagi....pakailah pakaian yang menutup tubuhmu,jangan biarkan walaupun sedikit mata-mata durjana dapat melihat kecantikan mu melainkan yang sah iaitu suamimu....

semua wanita yang dilahirkan didunia ini dianugerahkan dengan kecantikan dan keindahan masing-masing....tetapi alangkah indahnya jika keindahan dan kecantikan itu dijaga dan ditutup dengan sempurna..

Jangan mencuri perhatian dan tumpuan dengan pakaian yang mengiurkan atau sendat kerana tujuan menutup aurat untuk mendapat redha Allah sudah menyimpang.Jangan risau penampilan yang anggun dan sopan itu masih masih menawan dengan pakaian yang sederhana namun meraih penghormatan setiap yang memandang dan jauh sekali menjadi bahan tontonan umum.

tak rugi pun kita tutup aurat dengan sempurna, malah lagi untung kerana kita dijauhkan daripada perbuatan2 mungkar,diganggu dan tinggi darjatnya disisi Allah...
tetapi INGAT
aurat Mesti dijaga dan didiklah diri supaya berakhlak mulia seperti RASULULLAH S.A.W..

segala kekilafan harap diampunkan...dan yang lebih baik tegurlah Liyana untuk liyana dapat memperbetulkan segala kekhilafan Liyana...
Wsalam

~Blogger muda~
Read More

Fadilat dan Kelebihan Basmalah


Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillah peluang dan ruang yang ada ini Liyana ambil kesempatan untuk sampaikan sedikit ilmu kepada rakan2 blogger yang dihormati..

Antara Fadilat dan kelebihan Basmalah(bismillah)

1)Basmalah adalah bacaan pembuka kepada amalan yang baik.
ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud:

"setiap perkara yang baik tetapi tidak dimulakan dengan basmalah,maka ia akan menjadi kurang."


2)Basmalah adalah pendinding keselamatan rumah dan barang-barang daripada kebakaran,kerosaka dan kehilangan.
ia juga pelindung daripada syaitan yang menyelinap di dalamnya(rumah dan barang-barang ).
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

tutuplah pintumu(pintu rumahmu) dan sebut nama Allah.Padamkan lampumu dan sebut nama Allah.Ikat penutup bekas air(supaya air tidak tumpah dan dimasuki sesuatu) dan sebut nama Allah.tutup perkakasmu (gelas,cawan,bejana dan lain-lain) dan sebut nama Allah.


3)Basmalah adalah pendinding bagi suami isteri agar anak-anak mereka tida diganggu oleh syaitan.
bermula waktu bersama(persetubuhan) hinggalah sesudah melahirkan anak.Ini sebagaimana yang terdapat dalam hadis Riwayat al-bukhari,Rasulullah SAW bersabda yag bermaksud:

"jika seseorang daripada kamu apabila mahu mendatangi isterinya,dia membaca "Dengan nama Allah.Ya Allah jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada anak yang engkau rezekikan kepada kami." Sesungguhnya , jika ditakdirkan antara mereka berdua memperoleh anak daripada waktu bersama itu ,nescaya anak itu tidak dapat dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya."
 Sumber: majalah Al-ustaz
wsalam
~Blogger Muda~
Read More

Allah Bersama Orang Yang Sabar by I luv islam


Assalamualaikum w.b.t
Hari ini liyana jenguk2 blo iluvislam liyana terjumpa artikel ini jom baca:
Tuhan yang beri kita rezeki, dan hanya Dia yang berkuasa mengambilnya semula.
Duit dalam genggaman kita, dalam akaun bank, dalam poket seluar mahu pun beg duit belum tentu lagi menjadi milik kita. Bila-bila saja kita mungkin kehilangannya.
Andai ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali kepada-Nya dengan tangan yang kosong.  Tanpa wang, tanpa harta.Semuanya milik Allah. Dan Dia berhak atas segalanya.
Allah swt berfirman :
“Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian; sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar.” – [Surah al-Anfal : 28]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..
Smile
Musibah datang dalam pelbagai cara. Musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya.
Bila diuji, bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut? Apakah kita menerima ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan kembali muhasabah diri, memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan lagi amalan seharian..?

Atau Bagaimana?

Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan. Sedangkan mungkin juga, ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, supaya kembali dekat kepada-Nya, agar perbanyakkan amalan kepada-Nya, menadah tangan bermohon doa kepada Dia.
Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke syurga.
Kerana Dia kasihkan kita. Sekali-sekala Dia ‘mengejutkan’ kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian.
Kerana semuanya milik Dia. Dia memberi kepada sesiapa yang Dia ingini sebagaimana firman-Nya;
“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]
Wang dan harta yang kononnya milik kita juga bila-bila masa sahaja jika Dia mahu menariknya kembali, dengan pelbagai cara ia ‘pergi’ dari kita.
Contohnya tiba-tiba kita kehilangan wang, tercicir atau diragut. Atau mungkin bagi sesiapa yang miliki kereta, tetiba sahaja kereta rosak, atau tayar pecah atau terlanggar pokok; semuanya perlukan wang dan secara tidak lansung, duit itu keluar dari poket kita.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat ke-2;
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
Maka, bila Allah menguji kita dengan rezeki yang kita miliki. Buka mata. Muhasabahlah, periksa dan koreksi diri sendiri.
Peringatan buat diri saya sendiri adanya. Muhasabah diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang tidak kena, sesuatu yang bukan pada tempatnya yang telah kita lakukan dan Allah mahu ‘menegur’ kita dengan cara tersebut.
Diriwayatkan dari Anas bahwa Rasulullah bersabda;
“Apabila Allah menghendaki kebaikan pada seorang hamba-Nya maka Dia menyegerakan hukuman baginya di dunia; sedang apabila Allah menghendaki keburukan pada seorang hambaNya maka Dia menangguhkan dosanya sampai Dia penuhi balasannya nanti di hari Kiamat.” – [Hadits riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim]
Mungkinkah cara kita mendapatkan rezeki itu tidak diberkati oleh-Nya?
Atau mungkin kita lupa untuk mengeluarkan sebahagian dari harta kita ke jalan Allah?
Atau mungkin juga kita menyalahgunakan pinjaman Allah (contohnya kereta) dengan melakukan perkara-perkara yang dimungkari oleh Allah swt.
Suatu peringatan dari-Nya, agar kita tidak terus leka bergelumang dengan perkara-perkara yang dibenci oleh-Nya.
Atau mungkin Allah menguji kita kerana ingin melihat sejauh mana kita menerima ketentuan-Nya. Bersabar dengan dugaan yang telah Dia berikan kepada kita.
Bukankah Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha?
Firman Allah swt;
“Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” – [At-Taghabun:11].
Bersabarlah wahai hati, sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar dan beriman kepada-Nya.
Allah swt berfirman :
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” – [Surah al-Baqarah:45]

“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah:153] 
Wahai hati, bersabarlah. Jangan berputus asa dan teruskanlah berjuang, mohonlah pertolongan dan perlindungan daripada Allah. Dan yakinlah bahawa cukuplah Allah sebagai penolong.
Jangan bersedih.. bersabarlah..
Jangan bersedih.. bersabarlah..
Bersabarlah wahai hati. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu, bila ditimpa musibah, hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah “Innalillahiwainnailaihirajiun” yang bermaksud; sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada-Nya juga kita kembali.
Muhasabah buat diri kita semua. Semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang sabar dan khusyuk.
Dikarya oleh:
Read More

"Giveaway : Saya Nak Free Novel! By Hidayah"


Assalamualaikum...w.b.t
hari ini liyana nak join Giveaway ini:



klik SINI untuk join Giveaway ini.
comelkan banner GA ini...lain dari yang lain
jom kita join sama untuk menang NOVEL...

ini link twitter Liyana: https://twitter.com/liyanazulkiffli
follower blog Hidayah yang ke:655

wsalam
~Blogger Muda~


Read More

"3000 SLE Supporters Giveaway"


Assalamualaikum...
Kali ini Liyana berkesempatan lagi untuk join Giveaway




wah!!comel kiut miut,pinky banner...(suka2)
klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, GreenAmila, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

jom like sama2 page dan blog sponsor DISINI
wsalam
~Blogger muda~
Read More

"Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com"


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sudah sekian lama Liyana menyepi ^-^ hari ini baru Liyana ada peluan untuk updatekan entry Liyana yang dah berkurun tak di update ni...
rasa rindu pada semua rakan2 Blogger...

baiklah hari ini liyana dengan sukacitanya nak join Giveaway dari Red Delima..
 ni banner untuk GA ini:

banner pon dah dah cantik hadiah nya pun cantik juga...
kalau korang nak join juga boleh ikut step DISINI.


SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


banyak hadiah yang menarik..rugi kalau tak join!!
insya Allah kalau ada rezeki kita boleh menang..

baiklah,sampai disini sahaja coretan untukentry liyana kali ini
Wsalam
~Blogger Muda~




Read More

iluvislam: Berbohong dan menghampiri zina


Assalamualaikum..w.b.t.
Alhamdulillah Apa khabar semua pembaca blog liyana ni??
harap korang sentiasa sihat dan dirahmati Allah s.w.t

baiklah hari ini liyana ada terbaca di blog ILUVISLAM...tiba2 rasa tertarik nak kongsi dengan korang...
jom,

Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut:
1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
 
 
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Surah Al-Isra’ 17: Ayat Ke 32)
 
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong.
ditulis oleh : Zulhafidz
Read More

Keberkatan ilahi..


Assalamualaikum...wbt
Alhamdulillah lama tak taip menaip....bila mula menaip semula mcam kaku ....
k baiklah pada petang yang mulia ini...Liyana nak sampikan sedikit ilmu...buat santapan rakan2 semua...



KEBERKATAN??

bila orang dengar ja keberkatan...orang mesti tertanya -tanya apa maksud keberkatan??
ok,...keberkatan beerti kita buat sesuatu perkara kebaikan bukan semata-mata hendak kita ini dipuji,tetapi kita buat sesuatu itu kerana keberkatan Allah...kita mahukan keberkatan Allah....

ingatlah...Apabila kita menduduki peperiksaan mungkin kadang-kadang kita tak tau sesuatu benda tu...kita nak tiru...mungkin kebetulan pada waktu itu ada nota didalam poket kita...kalau kita tak rasa keberkatan Allah waktu tu kita akan tiru juga...
Jika kita berpakaian kita menutup aurat bukan sahaja mahu menjaga kehormatan diri,malah kita juga inginkan keberkatan Allah s.w.t

Ingatlah!!keberkatan Allah amat penting...belajarlah kita ni setinggi mana pun ,jika kita tiada keberkatan...tiada makna usaha kita...

Jadi..
waktu belajar hormatlah cikgu tak kiralah depan2 ka...belakang2 ka...yang penting Allah maha mengetahui apa yang kita buat..
buatla amalan kebaikan ,bukan semata-mata nak kan balasan!!tetapi nak kan KEBERKATAN dan RAHMAT ALLAH S.W.T...

hidup ini kita perlukan 3 perkara:
-Keberkatan Allah
-Keredhaan Allah
-Rahmat Allah

"dahulukan pandangan Allah dari pandangan manusia"
buatlah kebaikan walaupun sedikit,asalkan mendapat keberkatan Allah
ingatlah!!
"kejayaan tidak akan tercapai jika tidak didiringi dengan KEBERKATAN,KEREDHAAN dan RAHMAT ALLAH.."

semoga memberi manfaat sedikit sebanyak kepada semua pembaca Blog Liyana Syafiqah
~wsalam~
Read More

2nd Giveaway by Nor Quraisha


Assalamualaikuy m.w.b.t
ok,hari ini Liyana nak join GA ini..
Give Away ini telah dianjurkan oleh QURAISTORY

ni banner bagi GA kali ini

jom sama2 kita join dari Nor Quraisha..
nak join?? Klik ----> SINI

hadiah untuk Giveaway kali ini best2 sangat2...jom join!!
rugi kalau korang tak join~

~Blogger muda~
Read More

Inspire Bunny Giveaway




Assalamualaikum...w.b.t
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana 
telah memberi peluang untu liyana update blog untuk kali ini..
ok baiklah....setelah lama Liyana menyepi ,kali ini liyana nak join satu GA dari Inspire Bunny


jom la kita join ramai2...kalau korang nak join klik ---> SINI
Liyana telah dijemput oleh owner blog ni untuk masuk GA ini...
Hadiah untuk GA ini BBEEESSSST SANGAT...
jom sama2 ringan2kan jari jemari untk join GA Sempoi dari Inspire Bunny...

^-^
~Blogger muda~

Read More

Biodata Nabi Muhammad S.A.W


Assalamualaikum..w.b.t.
Alhamdulillah terima kasih kepada Allah ,kerana masih memberi nikmat islam kepada kita...semoga hari demi hari dapat meningkatkan lagi keimanan kita...

ok,Rasululah adalah rasul yang terakhir...beliau juga kekasih Allah...tapi kita tidak mengenalinya dengan lebih mendalam...bak kata pepatah  "tak kenal maka tak cinta"..
ok jom kita baca sedikit sebanyak biodata peribadi Rasulullah..


NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manap bin Qusai bin Kilab bin Ka’ab   bin bin Lu’ai bin Ghalib bin Fihr bin Nazar bin Kinanah bin Khuzaman bin Mudrikah bin Ilyas bin Mazar bin Ma’ad bin Adnan.
TEMPAT LAHIR : Kota Mekah.
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin 12 Rabiul Awal tahun gajah / 20 April 571 Masihi.
NAMA IBU : Aminah binti Wahab bin Abdul Manap.
PENGASUH PERTAMA : Barakah al-Habsiyah.
NAMA IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
NAMA IBU SUSUAN KEDUA : Halimah binti Abu Zuaib as-Sa’diah.
GELARAN : Al-Amin atau yang dipercayai.
NAMA ISTERI PERTAMA : Siti Khadijah.
UMUR KETIKA BERKAHWIN : 25 tahun.
NAMA DATUK : Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
NAMA BAPA SAUDARA : Abu Talib.
UMUR DIANGKAT MENJADI RASUL : 40 tahun.
MULA MENERIMA WAHYU : 610 Masihi.
BERDAKWAH SECARA SEMBUNYI : 3 tahun.
BERDAKWAH SECARA TERANG : 10 tahun.
TARIKH HIJRAH KE MADINAH : Khamis 1 Rabi’ul Awal tahun ke 13 selepas diangkat menjadi Rasulullah s.a.w. Berumur 53 tahun / 624 Masihi.
TARIKH WAFAT : Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun 11 hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
UMUR KETIKA WAFAT : 63 tahun.
KUBUR : Madinah Al-Munawarah


terima kasih kepada blogger ammar.

wsalam
~blogger muda~



Read More

Segmen Top Up CNY2013 by Emas Putih


Assalamualaikum...
alhamdulillah...apa khabar semua? semoga sihat2 belaka..^-^


copypaste je ayat bawah ni:

Segmen Top Up CNY 2013 by  Emas Putih dan sponser by Khairul Zamri , Mun Violettaxious , Amirah Raduan dan Aiman Aziz

jom kita join ramai2...
wsalam
~blogger muda~
Read More

© Faith Journey, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena