Tempat menarik untuk Cuti Sekolah!


Assalamualaikum..w.b.t
pejam celik,pejam celik esok dah masuk bulan 12,
maknanya kita ada lagi sebulan lagi untuk cuti...
korang ada pergi mana2 tak??

tak tau nak pergi mana?meh liyana bagi idea sikit untuk korang pergi bercuti!

1.Sunway Wildlife interactive zoo

Terdapat lebih daripada 150 spesis haiwan yang menakjubkan dan eksotik dari seluruh dunia, bersenang-senang di sisi kecantikan mereka yang unik dan belajar lebih lanjut tentang mereka di Malaysia yang pertama pernah sepenuhnya interaktif dan pendidikan tarikan bertemakan haiwan.

maklumat lebuh lanjut korang bolehlah buka web ini. SINI


2.Wel World,batu pahat ,Shah Alam

Wet World Shah Alam menghadapi Taman indah Tasik Shah Alam dan telah dibina untuk menjadi mesra kanak-kanak dan selamat pengguna. Taman mesra kanak-kanak.Paras airnya tidak lebih daripada 1 meter. Pelbagai tarikan air termasuk Fountain Belia, Cascading Air Terjun, Neptun Cabaran, Atlantis City, Big Splash, Escape Lighthouse, Terowong Slaid Air dan Treasure Island.

maklumat lebih lanjut korang bolehlah buka web ni.. SINI


3.Zoo negara

Zoo Negara Malaysia yang diuruskan oleh Persatuan Zoologikal Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia. Zoo Negara kini berusia 48 tahun dan telah matang menjadi sebuah zoo yang terkenal di seluruh dunia. Kami mempunyai sejumlah lebih 5446 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

maklumat lanjut korang boleh buka web ni.. SINI

4.Taman rama-rama melaka


Salah sebuah taman Penyenggaraan rama-rama dan Serangga yang Perlindungan Tambahan di dunia. Mengandungi lebih daripada 200 spesis Tempatan termasuk jenis yang sukar didapati iaitu Raja Brooke dan Birdwing. Terdapat juga Koleksi lebih 400 jenis Serangga. Peluang untuk anda dikelilingi oleh Pelbagai rama-rama yang menarik dan berwarna-warni.

maklumat lebih lanjut korang bolehlah buka web ni.. SINI


5.Muzeum perang ,Pulau pinang



penang War museum yang berlokasi di Bukit Batu Maung ini didirikan di kompleks Pertahanan asli yang ditegakkan oleh Inggeris sebelum Perang Dunia 2. Saat bebek, tempat ini menjadi Benteng Pertahanan.

maklumat lanjut korang bolehlah buka web ni.. SINI


*sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh kita kunjngi sepanjang cuti sekolah ini...ini antara tempat yang best...

wsalam
~blogger muda~

Tutorial : letak shoutbox dalam blog.


Assalamualaikum...
apa khabar semua??
harap2 sihat2 belaka lah yer..

ok liyana baru lepas blogwalking sana,blogwalking sini...sekarang tak tau nak buat apa...
apa lagi dengan masa yang ada ni Liyana nak buat tutorial...

baiklah,bagi blogger yang belum ada lagi shoutbox...meh liyana ajarkan!
shoutbox ini dari web shout.busuk.org


1.korang buka web ni dulu...LINK
2.korang tekan sign up untuk daftar:


3.korang isi apa yang diminta...lepas itu tekan submit
4.korang sign in.
5.seterusnya korang boleh ubah warna dan size yang korang mahukan..
6.korang copy generate code.


Cara masukkan shoutbox dalam blog..

1Dashboard->layout->add a gadget->HTML/javascript
2.pastekan generate code.
3.SAVE!

mudah sahaja....
~selamat mencuba~
~blogger muda~

Sifat mulia Saidina Umar Al-Khatab.


\Asslamualaikum...w.b.t
hari ini liyana nak kongsi sebuah kisah sahabat nabi yang digelar Saidina Umar Al-Khatab


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. 

Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku".

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu".

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku".

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. 

Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.

Wsalam...SUMBER
~blogger muda~

'FIRST GIVEAWAY BY FASYA FASYU !'


Assalamualaikum..w.b.t
Alhamdulillah,liyana sihat lagi sampai hari ini...
apa khabar yang lain??
harap-harap semua sihat-sihat lah...

ok baiklah hari ini liyana nak join GA dari NURFASYAMILA

ni banner untuk GA ini:
cantik dan wonderful sangat banner ni...*menceriakan entry^-^

ok Liyana nak TAG 2 orang rakan Liyana:

ok,wsalam
~blogger muda~

Tutorial : Link berkelip-kelip warna pelangi


Assalamualaikum...w.b.t
Alhamdulillah hari ini,Liyana nak buat tutorial link berkelip-kelip warna pelangi,
ok,nak tau benda apa tu?
ok korang cuba buka blog ni...BLOG..



ok lepas tu korang letak je cursor korang kat mana -mana link yang ada di blog itu..
nampak tak dia bertukar jadi warna-warni(tukar-tukar warna)..
dah tau!! jom Liyana ajarkan ,macam mana nak buat..


1.Dashboard->layout->add a gadget->HTML/javascript
2.korang copy kod bawah ni:

 <script src='http://sites.google.com/site/testingsahaja/rainbow.js'/>

3.ok kemudian korang SAVE!!

senang je kan!!ok,kalau dah jadi bagitau liyana tau..
wsalam
~blogger muda~ 

Pencarian Bloglist disember..


Assalamualaikum..terima kasih kepada NURFARA HANI,
sebab anjurkan bloglist ini..
ok liyana nak join lah...
tengah boring-boring seronok pula bila menaip...
ok!!

ini adalah banner untuk bloglist ini...comel sangat!sangat!sangat! serious
ok,kalau nak join...tekan sini -->NURFARA HANI
ok..dah siap...
wsalam
~blogger muda~

Erti Kejaayaan yang Bererti


Assalamualaikum...w.b.t
seperti biasa bila liyana dah tak tau nak buat apa,liyan pergilah jenguk-jengukblog-blog yang banyak memberi motivasi,liyana baca-baca tiba liyana rasa liyana nak kongsikan juga kepada korang semua...jom baca!

Manusia yang baik akalnya,waras pemikirannya pasti menginginkan kejayaan dalam hidup. Siapa yang menolak bukan? Cumanya yang berbeza antara semua manusia-manusia waras tersebut,bagaimana  mereka memandang dan mendefinisikan sesuatu kejayaan.
Atas dasar pendefinisian yang berbeza inilah, takrif 'kejayaan' dalam kehidupan kita adalah sangat subjektif.Kejayaan aku,mungkin bukan kejayaan bagi engkau,dan kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.
Jadi,apakah pandangan terbaik mengenai hakikat sebuah kejayaan?
Apabila membicarakan mengenai pandangan terbaik,pendefinisian yang terbaik. Maka pandangan dan pendefinisian tersebut mestilah dipandang dan didefinisikan oleh yang Maha Baik.Dipandang daripada sudut dan sisi yang terbaik.Makanya tanyalah pada diri sendiri :
Pandangan siapa yang paling tepat? Siapa?

Dan jawapan ini sentiasa menjadi jawapan kepada segala persoalan
Allah S.W.T. 

DIA tersenyum padamu di langit.
Ya,pandangan DIA yang terbaik. DIA yang Maha Mengetahui dan DIA yang Maha Melihat. Maka secara mudahnya,definisi kejayaan manusia yang dicipta adalah berdasarkan pandangan Sang Pencipta. Apabila pandanganNya terhadap hambaNya di bumi seiring dengan 'senyuman'Nya di langit, maka itulah yang ditakrifkan kejayaan. Andai kejayaan kita di bumi, mengundang marahNya di langit,sedarlah bahawa itu bukanlah kejayaan, ia lebih sesuai ditakrifkan sebagai KEMURKAAN.

Dalam satu hadis baginda Rasulullah: 

Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah? Baginda menjawab:Sembahyang dalam waktunya. Beliau bertanya lagi:Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab : Kemudian berbakti kepada ibubapa. Beliau bertanya lagi: Kemudian amalan manakah pula? Baginda menjawab: Berjihad di jalan Allah.
[Muttafaqun 'alaih]

Dalam hadis di atas,antara 3 perkara yang paling disukai Allah:
Solat di dalam (awal) waktunya=Hak Allah
Berbakti kepada Ibu bapa=Hak Ibu Bapa/Keluarga
Berjihad di jalan Allah=Hak Negara
Mereka tersenyum padamu di Bumi

Berdasarkan hadis di atas,tidak ada sesiapa yang dapat menafikan betapa besarnya nilai solat di sisi Allah sehinggakan ibadah solat diberikan secara face-to-face antara Allah dan baginda Rasulullah. Dan sungguh tidak ada sesiapa yang dapat merendah-rendahkan betapa pentingnya jihad di jalan Allah sehinggakan ada ulama' yang meletakkan jihad sebagai rukun Islam yang keenam. Sehingga begitu sekali.
Dan sedarkah kita,berbakti kepada ibu bapa berada di antara solat dan jihad di jalanNya?
Senyuman ibu dan ayah di bumi,adalah satu petanda senyumanNya di langit.Kerana apa? Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Mendengar khabaran adik-adik atas result SPM mereka yang cemerlang, sungguh ana teringat detik yang sama tahun lepas, betapa lebarnya senyuman ummi dan abuya. Betapa gembiranya guru-guru yang banyak berjasa.
Persis suara hati Maher Zain dalam lagu terbarunya:
"I'd like to put a smile on your face everyday"
Kejayaan yang Merantai Senyuman
Doa + Usaha + Tawakal = Senyuman kejayaan.
Namun percayalah, kejayaan yang sebenar bukanlah terletak pada lebarnya senyuman di wajah kita.
Tapi pada wajah MEREKA.
Rantaian senyuman pada wajah ibu,ayah,guru dan sahabat-sahabat.
Dan yang paling penting:
Apa ertinya berjaya di dunia,andai di akhirat hanya menjadi bahan bakar api neraka?
Moga kejayaan hari ini,membuah kejayaan jua di akhirat nanti.
Moga kejayaan ini,memberi erti dalam menggapai redha Ilahi.
Allahumma ameen.

DITULIS OLEH:Muhammad Hazmi Al-Wafi bin Abu Bakar




Tutorial : header ghaib apabila disentuh.


Assalamualaikum..w.b.t
tiba-tiba hari ini liyana rajin nak buat sampai 2 turial untuk korang.
ok nak tau macam mana nak buat apabila cursor sentuh header dia jadi ghaib(hilang)..

jom ikut tuturial ni.

1.dashboard->template->edit html->proceed->tick expand widget
2.tekan CTRL + F(serentak) dan cari kod ni:

#header { 
3.dah jumpa ,korang copy kod ni  dan paste kan dekat bawah kod tu


#header:hover {
-webkit-transition: 3.0s;
-webkit-transform: rotate(0deg);
opacity:.01;
}
4.PREVIEW dulu kalau dah jadi SAVE
5.kalau tak jadi korang try ikut tutorial dari SINI 

credit to :nabila medan
wsalam
~blogger muda~

Tutorial :masukkan cursor dalam blog.


Assalamualaikum..
hari ini liyana nak buat tutorial macam mana nak masukkan cursor
dalam blog.

ok nak tau jom...

1.dashboard->layout->add a gadget->html/javascript
2.copy kod ni:
    
   <style>body {cursor:url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-4/oth305.cur), url(http://cur.cursors-4u.net/others/oth-4/oth305.cur), auto;} </style>

3. BIRU: tukar kepada url cursor korang..
4.nak url cusor boleh TEKAN SINI
5.dah siap PREVIEW,dah jadi SAVE.

korang nak,boleh ambil.

http://ani.cursors-4u.net/cursors/images11/cur1089.png

http://cur.cursors-4u.net/cursors/images11/cur1036.png

http://cur.cursors-4u.net/others/images4/oth392.gif

http://cur.cursors-4u.net/holidays/images4/hol317.png


http://cur.cursors-4u.net/food/images6/foo507.gif


dah jadi nanti bagi tau liyana tau!!
wsalam





Segmen :nak header macam tu..



Assalamualaikum..
liyana nak header macam ni jugak...dari HAZIATI ATIEY


comelkan banner ni...nak jugak tekan nama HAZIATI ATIEY ni..
Nama saya:Nurul Liyana Syafiqah bt Zulkiffli
Nama Blog:liyana syafiqah
nak warna:pink(FF3366)

jom join sama2...30 orang terawal ja yang dapat header ni..

wsalam
~blogger muda~

"Pencarian Bloglist Musim 1 Diari Farisha"


Assalamualaikum..w.b.t
hari ini liyana nak join segmen dari FARISYA..

ni banner..
nak join klik banner tau!!


liyana nak tag 2 orang rakan liyana:

ok,wsalam
~blogger muda~

Mega GiveAway Dari www.yanayassin.com


Assalamualaikum...hari ini liyana nak join 
GIVEAWAY dari kak yana yassin..

ni banner untuk  segmen ni..
comel3x sangat2...
ok baiklah 

pengalaman manis liyana dalam berblogging dapat tingkatkan follower sebanyak 100 dalam masa sebulan...liyana dah rasa seronok sangat ...
pengalaman pahit,liyana rasa tiada...

liyana tag 3 rakan Liyana:

terima kasih...wsalam
~Blogger Muda~

Tutorial: membuat scroll box


Assaalamualaikum...hyep semua,
petang2 ni nak relaxkan minda,Liyana nak buat tutorial kat korang..
nak buat scroll box tau tak apa itu scroll box??
tak tau tengok gambar ni:

  
ok nampak tak petak warna merah tu??yang tu la scroll box..
dah tau kan..jom..


1.Dashboard->layout->add a gadget->HTML/javascript
2.pastekan kod ini:

<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">
isi kandungan yang korang nak letak
</div>
3.warna MERAH:tukarkan  kepada kelebaran yang korang nak..
    warna HIJAU: tukarkan kepada ketinggian yang korang nak..
   warna BIRU: letakkan isi kandungan yang korang nak letak scroll box.
4.korang PREVIEW..
5.dah jadi SAVE...


~SELAMAT MENCUBA~

Tutorial : tukar background blog dengan mudah.


Assalamualaikum...w.b.t
boring sangat sekarang ni...BW sana,BW sini....huh!!
penat2 tapi best juga menjamu mata..banyak sangat blog yang cantik2..
ok baiklah...ssshhhhh....tiba2..
liyana rasa nak buat tutorial pulak...minda tengah tenang ni ..baik kita taip menaip...jom

1.dashboard->template->customise
2.tekan background -> tekan arrow ke bawah:

ok nampak tak?tak ada apa2 kan..ok korang klik gambar ni..

3.korang boleh pilih background yang ada di dalam tu atau korang upload gambar background yang korang nak...
4.korang boleh cari background block di google..
5.dah siap...PREVIEW dulu ok..
6.dah jadi~~ SAVE..

SELAMAT MENCUBA^-^

Nabila Medan`s Giveaway


Assalamualaikum..w.b.t
ok kali ni liyana nak join Kak Nabila Medan punya Giveaway..
jom terjah!!
...
ok baiklah ni Banner untuk GA ini:

banyak nyer tajaan untuk GA ini...
dengan berbesar hati Liyana nak Join GA yang menarik ni...
kalau nak join KLIK SINI..

dengan ini Liyana TAG 2 orang rakan Liyana:

wsalam...blogger muda

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran"


Assalamualaikum...w.b.t.
hari ini 9 muharram 1434(jumaat)
liyana ada nak join satu giveaway by BUASIR OTAK...

banner yang sangat unik:

entry ini telah menjawab persoalan kenapa doa kita tidak dimakbulkan,lambat dimakbulkan,dan cepat dimakbulkan.

ok sekian terima kasih...nak join klik banner..

~wsalam...blogger muda~

Perjuangan bumi palestin..


tadi liyana bersiar-siar di blog2 orang tiba2 terjumpa artikel ni di iluvislam...liyana pon baca,lepastu liyana nak korang pon baca juga...jom baca sama2..

Dunia Palestin adalah bumi yang suci kerana di situlah terletaknya Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam pada zaman Rasululluh SAW. Namun kesucian tanah suci itu telah dicabul oleh musuh umat Islam sendiri iaitu Israel.
Kekejaman Israel dan sekutunya ke atas bumi Palestin telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalamNya yang benar lagi membenarkan. Label pengganas yang dilemparkan oleh kaum Israel kepada umat Islam telah menjadi lesen kepada Israel dan sekutunya untuk menghalalkan darah kaum Muslim terutamanya di bumi Palestin.
Kelalaian umat Islam hari ini adalah kerana mereka terlalu mengharapkan kaum kafir berbanding mengharapkan kepada tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta seisinya. Apa yang mereka buat hanyalah berkempen, bersuara tanpa tindakan, menghantar wakil masing-masing untuk berjumpa dengan pemimpin Israel dan sekutunya sedangkan dalam masa yang sama saudara kita semakin menderita. Mengapa kita harus melakukan sesuatu yang tidak memberi sebarang faedah kepada saudara kita di palestin? Mengapa kita umat Islam menghantar wakil untuk bermesyuarat dengan sekutu Israel yang terang-terang kita sedari bahawa mereka semua itu tidak lain hanyalah pendusta yang jelas lagi nyata?
Natijahnya apa yang umat Islam lakukan sekarang hanyalah membuang masa, membuang air liur dan menjadi seperti panggung wayang kepada Israel serta sekutunya di dunia untuk bergelak ketawa dengan gelagat umat Islam yang pengecut. Tahukah mengapa kuasa haram Israel masih tidak mampu dicabut dari bumi Palestin walaupun sudah lama masa yang diberi pada umat Islam? Jawapannya adalah kita sendiri bergantung pada sekutu Israel untuk menghentikan kekejaman di bumi Palestin sedangkan terang-terang kita sedari bahawa pihak yang umat Islam minta untuk hentikan kekejaman Israel itulah yang memberikan bantuan kewangan kepada Israel untuk terus menyerang Palestin

Cubalah kita bayangkan sekiranya kita di tempat mereka dan mereka lakukan perkara yang sama dengan umat Islam sekarang untuk selamatkan bumi Palestin. Seorang bapa keluar dari rumah dengan membawa senjata di tangan sambil menangis melihat keluarga tersayang kerana tahu bahawa itulah kali terakhir dia melihat air muka isteri serta anaknya tersayang kerana sebentar lagi dia akan syahid menentang musuh Allah.
Si anak segera menarik tangan si ayah sambil menangis dan berkata, "Ayah, jangan tinggalkan saya dan mak. Siapa yang akan menjaga kami selepas ketiadaan ayah?" Si ayah menangis lalu memeluk anaknya sambil berkata, "Kamu jagalah ibumu selepas ketiadaan ayah"."Ayah, mengapa saudara kita langung tidak pedulikan kita? Mengapa mereka tidak selamatkan kita dan mengapa mereka sendiri berharap kepada musuh Allah untuk selamatkan kita?" Kata si anak sambil menangis.
Dapatkah kita bayangkan sekiranya kita berada di tempat mereka? Sedarilah bahawa apa yang umat Islam lakukan sekarang bukanlah apa yang diharapkan oleh semua pejuang dan bangsa di Palestin untuk selamatkan mereka tapi apa yang mereka harapkan daripada kita adalah kita turut berjuang bersama mereka menentang musuh Allah S.W.T.
Apa yang terjadi pada umat Islam di dunia dan juga keadaan di bumi Palestin sekarang mahupun di masa depan segalanya sudah diketahui melalui utusan Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W melalui sabdanya dan juga kalam Allah yakni al-Quran.
Buktinya Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi S.A.W. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah S.W.T. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah S.W.T. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahn'".Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahn itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad S.A.W. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".(Hadis Riwayat Abu Daud)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

. Template by Liyana Syafiqah Beautiful Of Iman and Malaysia